cepat cekap cerdik

Thursday 3 November 2011

MENGENAL HURUF KECIL A hingga Z

PENGENALAN
Kemahiran- mengenal huruf kecil a hingga z. Namun murid linus yang lemah tidak dapat mengikuti pengajarn dalam masa yang singkat. Saya memilih dalam tempoh seminggu untuk  memperkenalkan huruf kecik a hingga e sahaja. 

Setelah ujian saringan satu dijalankan, seramai 10 orang murid telah mengikuti kelas LINUS. 

Untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. 

MASALAH MURID

MASALAH MURID
CARA PENYELESAIAN
Murid tidak dapat membezakan huruf kecil
Guru akan memperkenalkan murid dengan cara menyuruh mereka mnyentuh, menekap dan menulis
Menulis dengan cara yang salah
Guru akan menyediakan kad tebuk supaya murid akan menulis mengikut kad yang diberi
Membaca suku kata dengan cara yang salah
Memperkenalkan murid dengan kad  suku kata.

Contohnya : Kuih, Baju, Buku
Murid yang hiperaktif akan mengganggu murid lain ketika proses P&P berlangsung
Guru akan mengasingkan murid tersebut daripada kumpulan murid biasa

Mereka  akan ditempatkan bersebelahan dengan meja guru.

OBJEKTIF PENGAJARAN
1) Murid dapat mengenal huruf kecil a-z.
2)Murid dapat mengecam nama huruf mengikut turutan yang diberi
3)Murid dapat membuat bentuk huruf dengan betul.
4)Murid dapat menekap bentuk huruf dengan betul.
5)Murid dapat mengumpul bentuk huruf yang sama.
6) Murid dapat menyebut huruf kecil secara berpandu dan rawak.
7)Murid dapat menulis huruf kecil

PROSES PENGAJARAN 1
1) Memperkenalkan huruf secara kelas dan kumpulan
2)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan mewakili huru-huruf a-e.
3)Setiap kumpulan menyebut secara serentak mengikut arahan guru.

PROSES PENGAJARAN 2
1)Guru menunjukkan contoh bentuk huruf yang dibuat menggunakan plastesin.
2)Murid membuat aktiviti, guru membimbing.
3)Murid akan menyebut huruf yang dibina

PROSES PENGAJARAN 3
1)Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan (setiap kumpulan 5 orang)
2)Murid mendapatkan kad tebuk secara bergilir-gilir.
3)Murid menekap huruf menggunakan pensil warna secara bergilir-gilir dengan menggunakan kad tebuk.

PROSES PENGAJARAN 4
1)Guru mengedarkan lembaran kerja yang mempunyai huruf a-e
2)Guru meminta murid mewarnakan huruf berdasarkan warna yang disebut oleh guru.
   Contoh: a-biru
                b-merah
3)Murid menggunting huruf yang sama mengikut arahan guru.
4)murid menampal huruf dalam buku skrap mengikut kumpulan huruf yang sama. 

PROSES PENGAJARAN 5
1)Guru mempamerkan papan tema / gambar dan bersoal jawab dengan murid
2)Murid menamakan benda yang terdapat dalam gambar.
3)Murid menyebut huruf dan memadankan dalam gambar.
4)Murid melakukan aktiviti bertulis.

No comments: