sila tekan link dibawah untuk membuat latihan power point.
https://docs.google.com/presentation/d/1mWGiEvAf78bvEXlSGTzPa7eeII6YSw_AJYYyMa3ul_c/edit
selamat mencuba .
Wednesday 7 December 2011
Friday 2 December 2011
LEMBARAN KERJA
Arahan: Suaikan huruf besar dengan huruf kecil.
B j
G c
L b
J j
C g
H l
I s
N t
T i
S n
B j
G c
L b
J j
C g
H l
I s
N t
T i
S n
MARI MEMBACA
Ini ikan.
Ikan hidup di dalam air.
Ikan pandai berenang.
Ikan makanan berzat.
Ini van.
Van kenderaan darat.
Van membawa penumpang.
Van membawa barang juga.
Ini cawan.
Cawan ini dibuat daripada tembikar.
Cawan boleh diisikan air panas.
Ini timun.
Timun dimakan sebagai sayur.
Kulit timun berwarna hijau.
Timun boleh dimakan bersama sate
Monday 28 November 2011
LATIHAN KVKV
SILA TEKAN LINK DISINI BAGI MURID MEMBUAT LATIHAN POWER POINT
KEMAHIRAN MEMBINA DAN MENULIS PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA KVKV
LATIHAN KVK
SILA TEKAN LINK DISINI BAGI MURID MEMBUAT LATIHAN KVK
KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBINA PERKATAAN SUKU KATA KVK
LATIHAN KVKVK
SILA TEKAN LINK DISINI UNTUK MEMBUAT LATIHAN POWER POINT
KEMAHIRAN MEMBINA DAN MENULIS PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA KVKVK
Sunday 13 November 2011
MIKRO PENGAJARAN PEMULIHAN KHAS
LANGKAH PENGAJARAN 3
1)Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan (setiap kumpulan 5 orang)
2)Murid mendapatkan kad tebuk secara bergilir-gilir.
3)Murid menekap huruf menggunakan pensil warna secara bergilir-gilir dengan menggunakan kad tebuk.
Thursday 3 November 2011
MENGENAL HURUF KECIL A hingga Z
PENGENALAN
Kemahiran- mengenal huruf kecil a hingga z. Namun murid linus yang lemah tidak dapat mengikuti pengajarn dalam masa yang singkat. Saya memilih dalam tempoh seminggu untuk memperkenalkan huruf kecik a hingga e sahaja.
Setelah ujian saringan satu dijalankan, seramai 10 orang murid telah mengikuti kelas LINUS.
Untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil.
MASALAH MURID
MASALAH MURID | CARA PENYELESAIAN |
Murid tidak dapat membezakan huruf kecil | Guru akan memperkenalkan murid dengan cara menyuruh mereka mnyentuh, menekap dan menulis |
Menulis dengan cara yang salah | Guru akan menyediakan kad tebuk supaya murid akan menulis mengikut kad yang diberi |
Membaca suku kata dengan cara yang salah | Memperkenalkan murid dengan kad suku kata. Contohnya : Kuih, Baju, Buku |
Murid yang hiperaktif akan mengganggu murid lain ketika proses P&P berlangsung | Guru akan mengasingkan murid tersebut daripada kumpulan murid biasa Mereka akan ditempatkan bersebelahan dengan meja guru. |
OBJEKTIF PENGAJARAN
1) Murid dapat mengenal huruf kecil a-z.
2)Murid dapat mengecam nama huruf mengikut turutan yang diberi
3)Murid dapat membuat bentuk huruf dengan betul.
4)Murid dapat menekap bentuk huruf dengan betul.
5)Murid dapat mengumpul bentuk huruf yang sama.
6) Murid dapat menyebut huruf kecil secara berpandu dan rawak.
7)Murid dapat menulis huruf kecil
PROSES PENGAJARAN 1
1) Memperkenalkan huruf secara kelas dan kumpulan
2)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan mewakili huru-huruf a-e.
3)Setiap kumpulan menyebut secara serentak mengikut arahan guru.
PROSES PENGAJARAN 2
1)Guru menunjukkan contoh bentuk huruf yang dibuat menggunakan plastesin.
2)Murid membuat aktiviti, guru membimbing.
3)Murid akan menyebut huruf yang dibina
PROSES PENGAJARAN 3
1)Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan (setiap kumpulan 5 orang)
2)Murid mendapatkan kad tebuk secara bergilir-gilir.
3)Murid menekap huruf menggunakan pensil warna secara bergilir-gilir dengan menggunakan kad tebuk.
PROSES PENGAJARAN 4
1)Guru mengedarkan lembaran kerja yang mempunyai huruf a-e
2)Guru meminta murid mewarnakan huruf berdasarkan warna yang disebut oleh guru.
Contoh: a-biru
b-merah
3)Murid menggunting huruf yang sama mengikut arahan guru.
4)murid menampal huruf dalam buku skrap mengikut kumpulan huruf yang sama.
PROSES PENGAJARAN 5
1)Guru mempamerkan papan tema / gambar dan bersoal jawab dengan murid
2)Murid menamakan benda yang terdapat dalam gambar.
3)Murid menyebut huruf dan memadankan dalam gambar.
4)Murid melakukan aktiviti bertulis.
aktiviti lanjutan
1. Guru meminta murid untuk mengulang balik suku kata yang telah dipelajari pada hari ini. 2. Guru meminta salah seorang murid daripada kumpulan cerdas untuk menghasilkan satu perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari itu. 3. Seterusnya, guru meminta murid-murid untuk membentuk lebih banyak perkataan lagi secara sukarela sekiranya mereka mampu. 4. Guru meminta murid menghasilkan lebih banyak lagi perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari pada hari ini sebagai kerja rumah. Perkataan-perkataan yang telah dihasilkan tersebut akan dimasukkan ke dalam buku kosa kata kelas setelah disemak oleh guru. 5. Bagi pelajar yang dapat menghasilkan paling banyak kosa kata akan memperolehi satu bintang. Apabila pelajar telah mengisi penuh bintang-bintang, mereka akan memperolehi hadiah pada akhir bulan tersebut.
penutup pengajaran
1.Guru meminta murid-murid untuk membaca balik suku kata yang terdapat pada carta suku kata.
2. Guru bertanya kepada murid-murid tenatng perkataan yang telah dipelajari pada hari ini.
3. Guru memberitahu murid-murid bahawa dengan mengetahui suku kata, mereka boleh membina pelbagai perkataan.
2. Guru bertanya kepada murid-murid tenatng perkataan yang telah dipelajari pada hari ini.
3. Guru memberitahu murid-murid bahawa dengan mengetahui suku kata, mereka boleh membina pelbagai perkataan.
perancangan sebelum pengajaran
Sukatan Pelajaran:
4.0 Membaca. 4.1 Membina dan membaca suku kata KV+KV.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Mengeja suku kata KV, menyesuaikan suku kata KV+KV dengan gambar dan membaca suku kata KV+KV.
Objektif:
A)Kumpulan Cergas Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1.Membunyikan semua suku kata KV dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV. 2. Memadankan semua suku kata dengan betul untuk membentuk perkataan apabila ditunjukkan gambar. 3. Membaca semua perkataan KV+KV yang telah dipelajari dengan ketepatan 80% tanpa bantuan gambarajah. B)Kumpulan Sederhana Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Membunyikan enam daripada sepuluh suku kata KV dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV. 2. Memadankan tiga daripada empat suku kata dengan betul untuk membentuk perkataan apabila ditunjukkan gambar. 3. Membaca tiga daripada empat perkataan KV+KV yang telah dipelajari dengan ketepatan 80% dengan bantuan gambarajah. C)Kumpulan Lemah Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Membunyikan empat daripada sepuluh suku kata dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV. 2. Memilih perkataan yang mengandungi gabungan suku kata yang betul apabila ditunjukkan gambarajah dan murid perlulah menjawab sekurang-kurangnya dua daripada empat soalan dengan betul. 3. Membaca dua daripada empat perkataan yang telah dipelajari dengan ketepatan 80% dengan bantuan gambarajah.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid sudah mengenali huruf a-z, cara menyebutnya serta cara membunyikan huruf-huruf vokal.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Mengenal huruf k, r, a, e, i, o dan u. 2. Membunyikan huruf k, r, a, e, i, o dan u. 3. Menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk suku kata KV seperti ka, ke, ki, ko, ku, ra, re, ri, ro dan ru. 4. Menggabungkan suku kata (KV+KV) untuk membentuk perkataan.
Bahan Bantu Mengajar:
Video, carta suku kata, slaid PowerPoint, kotak ajaib, kad huruf, pin boling mainan atau botol air mineral yang dilekatkan kad suku kata KV yang dipelajari, bola tenis dan lembaran kerja.
Saturday 22 October 2011
Thursday 20 October 2011
Tuesday 11 October 2011
Friday 7 October 2011
PANTUN TEKA TEKI
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai,
Apa binatang keris di kaki?
Buah budi bidara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai?
Burung nuri Burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi semakin ringan?
KALAU SIAPA BIJAK PANDAI
SILALAH JAWAB SOALAN PANTUN TEKA TEKI INI..
Subscribe to:
Posts (Atom)